PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Penyanyi ternama tanah air, Datuk Siti Nurhaliza menafikan dakwaan mengatakan beliau telah hamil seperti mana yang dilaporkan oleh sebuah akhbar dalam talian semalam.

Sejurus membuat persembahan pembukaan sempena Konsert Satu Suara Volume 2 yang diadakan di Istana Budaya di sini, beliau membuat satu kenyataan bagi menepis dakwaan tersebut memetik Utusan.

Siti Nurhaliza Jawab Isu Mengandung

“Mana ada saya mengandung. Tak betul semua tu,” komennya ringkas menjawab spekulasi berkenaan.

Terdahulu, menurut portal berkenaan, Siti Nurhaliza telah pun hamil dan berita itu dikongsi sendiri oleh anak tirinya, Asyraf Khalid ketika majlis perkahwinan pemuda terbabit yang berlangsung minggu lalu.

Ditambah pula, baru-baru ini, penyanyi lagu Dialah Di Hati itu menerusi laman Instagramnya memuat naik gambar segelas minuman hasil ramuan susu kambing dan buah kurma, yang lazim menjadi kegemaran ibu sedang mengandung.

Sementara itu, Asyraf yang ditemui ketika hadir ke majlis Anugerah Skrin 2015 di PWTC di sini malam tadi memberitahu, beliau langsung tidak ingat akan kenyataannya tentang kehamilan Siti Nurhaliza.

“Saya tak rasa pernah mengeluarkan kenyataan itu. Mungkin ada salah faham. Apapun doakan sahaja agar dia (Siti Nurhaliza) dikurniakan cahaya mata bersama ayah saya,” ulas anak ketiga kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa itu.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.