PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan membuat pemantauan terhadap cecair perisa rokok elektronik (e-rokok) berikutan dakwaan ada cecair itu yang mengandungi dadah.

Timbalan Menterinya, Datuk Nur Jazlan Mohamed berkata, KDN memandang serius dakwaan itu dan walaupun isu cecair e-rokok atau vape itu merupakan tanggungjawab Kementerian Kesihatan, namun KDN akan mengambil tindakan jika kandungannya membabitkan dadah memetik Bernama.

KDN serius  akan buat pantauan isu perisa vape ada dadah

“KDN terlibat dengan penguatkuasaan, maknanya kalau ada penggunaan dadah berbahaya, ia adalah satu aktiviti haram dan KDN ada kuasa untuk mengambil tindakan,” katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini, hari ini.

Nur Jazlan berkata, ketika ini kementerian yang akan mengawal selia sepenuhnya penggunaan bahan vape masih dalam peringkat perbincangan di kabinet.

Beliau berkata, apa yang penting sekarang untuk mencari masalah sebenar bahan itu sebelum menentukan bidang kuasa kementerian yang bersesuaian.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.