PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Senyum dan simpati saya meneliti luahan rasa seorang wanita. Dia dan suami sama-sama bekerja namun kerja rumah dia yang buat dari memask, membasuh, menyediakan makan, pakai, mengurus anak-anak. Suami hanya tolong sikit-sikit sahaja. 

Akhirnya dia menjadi penat dan letih. Sampai tak boleh sentiasa muka manis depan suami. Sampai dia biasa meninggikan suara pada suami. Letih, penat dan tension.

Suami kena faham agama dan faham apa yang nabi ajar. Isteri kena faham agama dan faham apa yang nabi ajar. 

Bukan ikut budaya Melayu, isteri buat kerja bagai nak rak, suami duduk relaks atau isteri buat banyak sangat kerja, suami tolong sikit-sikit. Allahuakbar! Lepas itu masam muka pada suami yang hakikatnya nabi sudah kata orang yang masam muka pada suami ini, Allah melaknat dia sampai dia berbaik dengan suaminya kembali.

Sebab itu perempuan yang baik ialah perempuan yang bila suami memandang dia, suami dia akan rasa senang dan bahagia. Tetapi bagaimana nak muka manis kalau bahu asyik terbeban dengan kerja rumah dan urus anak tidak pernah habis?

Siapa Kata Jadi Isteri Penat?

Wajib bagi wanita:

  • Bercantik-cantik untuk suami
  • Menyayanginya dengan sepenuh hati
  • Berlemah lembut padanya
  • Tidak meninggikan suara
  • Setia dan taat selagi tidak melanggar perintah Allah
  • Berkata baik padanya
  • Sentiasa bersyukur
  • Sentiasa bermanis muka


Berapa ramai wanita buat kerja rumah macam nak mati tetapi muka amat susah nak manis dengan suami, tengking-tengking suami, ada pula mood-mood hari ini nak bercakap, esok nak diam pula. Ada pula bertekak pasal kerja rumah tak habis-habis.

Jangan ikut budaya Melayu. Ikut apa yang nabi ajar.
Cerita penceramah dan pakar kaunseling rumahtangga, Tuan Haji Hussim, sahabat baik Dato Fadzilah Kamsah,  dia mengaku sangat bahagia bersama isterinya.
“Saya bangga nak beritahu semua, dulu waktu anak-anak kecil, sayalah tukang cuci punggung anak-anak, salin lampin sampai anak pancut di muka, sayalah tukang basuh baju lampin semua, itu kerja saya. Isteri saya kata, ‘abang, malam-malam abang ambil alih buat kerja itu semua okay,’ kita sama-sama kerja.
“Saya nak beritahu, dalam rumahtangga, suami kena rajin, tak boleh malas. Sekarang, bila sudah senang, barulah saya mencari pembantu untuk isteri saya. Tetapi saya bangga nak beritahu itu yang saya buat dalam rumahtangga selama ini. Jemur baju di luar, jiran sebelah tegur. Semua itu kerja saya dan saya tidak malu mengaku.

Berforum pula saya dengan Ustaz Nizam Kadir, katanya.

  • Suami kena rajin, sampai siapkan makan untuk isteri sampai isteri boleh makan.
  • Siapkan pakai sampai suami tolong iron baju isteri
  • Siapkan rumah sampai suami yang jaga kebersihan rumah, mengemas, semua suami, habis isteri?
  • Isteri sediakan diri untuk suami, bercantik-cantik, picit-picit suami, bermuka manis.
  • Kalau isteri buat kerja rumah, isteri dapat pahala.


Sebab itu kalau sama-sama bekerja, sama-sama buat tetapi suami kena lebih sebab itu memang tanggungjawab suami.

Isteri kalau buat lebih, suami jangan lepas tangan pula. Kena ada belas kasihan sebab ini bukan tugas isteri. Tapi hari ini perempuan buat kerja sampai tak ada masa rehat langsung. Mana tak tarik muka? Mana muka tak nampak penat? Mana tak kompeln suami? Macam mana nak rumahtangga bahagia?
Kita hari ini orang Melayu nampak suami buat lebih sikit, kita tuduh isteri dia Queen Control. Padahal itu yang Islam suruh. Orang perempuan buatlah kerja macam-macam, dalam hati dok menyumpah seranah, dalam hati dok kata nak redha tetapi tak ikhlas-ikhlas juga. Sia-sia saja, last-last dapat penat, dapat dosa,

Menurut pendapat masyhur kalangan empat mazhab, seorang isteri tidak diwajibkan melayani suaminya iaitu menyediakan makanan, mencuci pakaian dan seumpamanya. Seandainya isteri melakukannya, ia hanyalah sebagai kesopanan atau akhlak mulia terhadap suami. Bukan kerana kewajipannya.

Oleh itu, jika suami menuntut isterinya atas masalah ini ke pengadilan syariah, maka tetap isteri tidak boleh dpaksa (tidak diwajibkan) melayani suaminya. Maka sangatlah adil kalau suami bekerja memeras keringat untuk menanggung kehidupan keluarganya. Sedangkan isteri bekerja di rumah melayani kepentingan keluarga.

Jika isteri bekerja di luar rumah (sama-sama mencari nafkah), maka sudah seharusnya suaminya turut membantu menyelesaikan pekerjaan di rumah. Apalagi jika mereka mempunyai anak yang masih kecil.

Jika kita tiada ilmu, jangan kita memandai-mandai menjatuhkan hukum semua urusan rumahtangga adalah kewajipan isteri. Ikutlah acuah yang nabi ajarkan. Saidatina Aisyah melaporkan nabi ketika di rumahnya, bagindalah yang paling banyak senyum pada isterinya, yang paling banyak berkhidmat dan buat kerja rumah untuk isterinya.

Menjadi wanita tidak penat jika suami faham tanggungjawabnya. Menjadi suami tidak penat bilamana beban kerja hilang dengan melihat senyuman, kencantikan dan kasih sayang seorang isteri.
Adilnya Islam bila kita sama-sama membantu, sama-sama memuliakan antara satu sama lain. Semoga Allah ampunkan kita semua.

Tinta penulis artikel majalah ANIS

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.