PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Jakim hari ini menegaskan bahawa pihaknya tidak pernah mengeluarkan logo halal kepada mana-mana produk yang telah disahkan haram.

Menurut Pengarah Bahagian Hab Halal Jakim Hakimah Mohd Yusoff, siasatan telah pun dilakukan berikutan penyebaran beberapa keping gambar yang memaparkan makanan khinzir dalam tin yang disertakan dengan logo halal palsu yang didakwa dijual di sebuah pasaraya di Sarawak baru-baru ini.

“Hasil siasatan Jakim di pasar raya di Miri dan Kuching mendapati tiada produk makanan yang memaparkan logo halal palsu di pasaran seperti didakwa,” katanya memetik laporan Bernama.

Tambah beliau lagi, pihaknya tidak menolak gambar itu telah sengaja diedit dengan meletakkan logo halal.

Isu khinzir halal, ini jawapan JAKIM

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.