PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Sebut sahaja pantai pasti semua orang tertarik untuk mengunjunginya walaupun di mana berada, tetapi tahukah anda di klang terdapat sebuah pantai yang cukup indah sedia menanti anda. Perjalanan dari kuala lumpur ke pantai ini menganbil masa sekitar satu jam sahaja melalui highway kesas.

Tidak ramai pengunjung yang mengetahui kewujudan Pantai Acheh, di Pulau Indah memandangkan lokasinya yang agak jauh ke dalam Pulau Indah. Walaubagaimanapun lokasi ini amat sesuai untuk diadakan aktiviti-aktiviti riadah bersama keluarga memandangkan terdapatnya kawasan pantai berkelikir dan juga kawasan lapangan yang luas. Bukan sekadar pemandangan pantai sahaja, anda juga dapat melihat matahari terbenam yang cukup indah di waktu senja.

Rupanya Wujud Pantai yang Indah di Selangor

Pada masa kini, terdapat aktiviti-aktiviti menarik seperti paramotor, dan juga layang-layang yang menjadi tumpuan pelbagai golongan tidak kira usia serta bangsa dan di sini juga amat sesuai di adakan aktiviti lain seperti perkhemahan, memancing dan barbeque.

Di sebelah petangnya terdapat anak-anak muda dari kampung yang berdekatan bermain bola sepak di pantai tersebut, tetapi sayang, pantai ini hanya dikunjungi pada hari-hari cuti sahaja dan pada hari kebiasaan lengang tiada pengunjung.

Jangan Tak Percaya Ada Pantai Seindah Ini di Negeri Selangor

Jangan Tak Percaya Ada Pantai Seindah Ini di Negeri Selangor

Jangan Tak Percaya Ada Pantai Seindah Ini di Negeri Selangor

Di bawah terdapat video untuk memulakan perjalanan dari kula lumpur menuju ke pantai aceh, bagi sesiapa yang berkesempatan cuti hujung minggu ini, eloklah bawa besama keluarga atau orang tersayang ke sana.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.