PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kerajaan Negeri Johor mengisytiharkan cuti khas peristiwa di seluruh Johor pada esok atas kemenangan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) menjuarai perlawanan akhir Piala AFC di Stadium Central Republican, Dushanbe, Tajikistan malam ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim berkata, JDT telah mencipta pencapaian membanggakan selepas berjaya mara ke peringkat akhir dan kemenangan dalam perlawanan itu menjadi sejarah yang amat bermakna memetik Utusan.

Hari ini Johor diisyhtiharkan cuti peristiwa kerana JDT menang Piala AFC

“Kerajaan negeri memutuskan untuk mengisytiharkan esok (1 November) sebagai cuti khas peristiwa untuk seluruh negeri Johor sekiranya kemenangan berpihak kepada JDT dalam perlawanan menentang FC Istiklol.

“Perlawanan ini juga merupakan satu kejayaan buat pasukan JDT apabila berjaya mara ke peringkat akhir dan pastinya lebih manis jika dapat membawa pulang piala ke Johor.

“Bersama-sama kita mendoakan kejayaan berpihak kepada JDT,” katanya dalam satu kenyataan di dalam laman Facebook Johor Southern Tigers, kira-kira jam 5 petang tadi sebelum berlangsung perlawanan akhir antara JDT dan Istiklol FC.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.