PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Susulan kejayaan pasukan Johor Darul Ta’zim (Johor DT) merangkul kejuaraan Piala AFC 2015 Sabtu lalu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Iskandar akan menunaikan nazarnya untuk menderma sebanyak RM1 juta kepada rumah anak yatim di negeri ini.

Menerusi laman Facebook rasmi baginda, Sultan Ibrahim bertitah, sekembalinya anakndanya Tunku Ismail yang juga Tunku Mahkota Johor ke negeri ini pada 18 November ini, Piala AFC akan dipamerkan ke seluruh daerah supaya rakyat negeri ini dapat melihatnya sendiri.

Titah baginda, pasukan Johor DT adalah milik Bangsa Johor dan disebabkan kesetiaan penyokong, sudah membawa pasukan ke tahap ketika ini selain baginda menghargai sokongan padu serta doa yang diberikan memetik Harian Metro.

Sultan Johor derma RM1 juta kepada rumah anak yatim kerana bersyukur JDT julang Piala AFC
PETIKAN daripada laman Facebook Sultan Ibrahim.

“Alhamdulillah, Piala AFC kini milik kita! Kejayaan ini adalah berkat doa anda semua dan kesungguhan para pemain bola sepak JDT yang bermain bermati-matian hingga ke tiupan wisel yang terakhir.

“Sebaik saja kita memenangi perlawanan akhir AFC, saya membuat panggilan telefon kepada anakanda saya, Tunku Mahkota Johor, untuk mengucapkan tahniah kepadanya.

“Dia terlalu emosional dan menangis tetapi tangisan yang gembira. Dia memang begitu gembira. Memang, kalau boleh, dia hendak berada bersama-sama pasukan JDT dan para penyokong semua merayakan kemenangan ini, tetapi dia terikat dengan janji yang dibuat terdahulu,” katanya Tunku Ismail turut menderma kepada semua masjid di negeri Johor bagi menunaikan nazarnya sempena kemenangan JDT.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.