PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Orang ramai dinasihat tidak membuat panggilan balas ke nombor tidak dikenali dari Malawi bagi mengelak kerugian.

Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM) ACP Asmawati Ahmad berkata, mangsa yang membuat panggilan balas ke nombor +265882615012 dan +265882615017 akan menanggung caj panggilan yang tinggi oleh penyedia perkhidmatan terbabit memetik Bernama.

Waspada ‘Missed call’ Dari Malawi Caj US$150
Panggilan daripada nombor yang dibuat dari Malawi yang diterima orang ramai di Malaysia.

Dalam satu kenyataan Asmawati berkata, semakan PDRM terhadap panggilan ‘missed call’ dari nombor berkenaan mendapati ia dibuat dari Malawi, bertujuan memerangkap penerima panggilan.

“Ia diklasifikasikan sebagai ‘Harrasment Call Terror’ atau ‘Scam Call’ oleh beberapa laman sesawang antarabangsa,” katanya di sini, hari ini.

Menurut maklumat dari applikasi whatsapp, panggilan ke Malawi dikenakan caj tinggi hingga US$150.

Jika anda dapat ‘missed call’ dari nombor ini, tolong jangan balas

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.