PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

LAGENDA sukan ragbi New Zealand All Blacks, Jonah Lomu dilaporkan meninggal dunia secara mengejut di Auckland hari ini pada usia 40 tahun.

Perkara itu disahkan seorang bekas doktor pasukan itu, John Mayhew yang memetik sumber keluarga mendiang.

Beliau  turut berkata keluarga mendiang memohon agar privasi diberikan kepada mereka memetik MStar.

Lagenda ragbi Jonah Lomu sah meninggal dunia

Lomu sebelum ini mengalami masalah kesihatan yang dihidapinya selepas persaraan pada 2002 berikutan masalah buah pinggang dan Sindrom Nephrotic.

Dia menjalani rawatan dialisis sejak 10 tahun lalu.

Lomu pernah beraksi untuk 63 perlawanan antarabangsa sepanjang mewakili New Zealand yang bermula sejak 1994.

Dia juga berjaya membuat 37 tries sepanjang kerjayanya bersama pasukan kebangsaan negara itu.

Acara sukan Ragbi sememangnya menuntut kekuatan fizikal dan sering dikaitkan dengan rempuhan ganas.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.