PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Tindakan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama bertemu dengan pemimpin NGO pro pembangkang disifatkan sebagai tidak menghormati  tuan rumah, kata Setiausaha Veteran Umno, Datuk Mustapha Yaacub.

Beliau berkata, Obama patut lebih sensitif dengan perkembangan politik negara ini dengan menghormati pemimpin kerajaan terutamanya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memetik Sinar Harian.

Obama dikatakan tidak hormat tuan rumah kerana bertemu dengan pemimpin NGO pro pembangkang

“Veteran Umno kesal dengan sikap Obama yang tidak tahu menghormati tuan rumah Malaysia apabila beliau membuat keputusan untuk berjumpa dengan kumpulan pembangkang dan anti kerajaan ketika kehadirannya sebagai tetamu negara dan menjalankan tugas rasmi menghadiri Sidang Kemuncak Asean.

“Sikap seperti ini jelas menunjukkan ketua negara koboi itu mahu menunjukkan keangkuhannya dan tidak sensitif terhadap negara tuan rumah,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mustapha turut mempersoalkan adakah perjumpaan Barack Obama dengan kumpulan anti kerajaan itu sebahagian daripada tugas rasmi dalam lawatannya ke negara ini.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.