PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

“Sebaik masuk ke bilik, saya menyedari seperti kehadiran kelibat seseorang. Saya diterkam dari belakang serta ditiarapkan dan tangan diikat menggunakan wayar,” kata Hanisah Abdullah, 26, menceritakan detik cemas berdepan kejadian samun di kuarters penjawat awam 5R1, Presint 5.

Kejadian itu berlaku jam 5.50 petang kelmarin sebaik mangsa yang juga Penolong Juruaudit di Bahagian Audit Sekolah, Kementerian Pendidikan pulang dari tempat kerja ke rumah rakan yang ditumpangi sejak beberapa bulan lalu memetik Harian Metro,

Detik cemas Juruaudit disamun
Hanisah menunjukkan barang yang ditinggalkan suspek.

Hanisah berkata, selepas tangannya diikat ke belakang, penyamun hanya berbisik menyuruh diam malah, menakutkannya dengan mengacukan pisau.

“Saya bersuara dengan nada tinggi dan bertanya apa yang dia mahukan serta merayu tidak diapa-apakan, namun dia hanya berbisik menyuruh saya diam.

“Penyamun itu turut menakutkan saya dan memberitahu, dia baru keluar dari penjara serta ada rakannya menunggu di luar rumah,” katanya ketika ditemui di rumah rakannya, semalam.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.