PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Fenomena kahwin muda yang dulunya dilihat janggal namun pada era globalisasi ini ia seolah-olah menjadi trend, malah sudah mula diterima oleh masyarakat hari ini.

Kahwin pada usia muda akan menyebabkan segelintir pasangan tidak dapat menghabiskan pengajian sepenuhnya di universiti berikutan mempunyai komitmen lebih besar terhadap keluarga memetik Harian Metro.

Jangan jadikan Kahwin pada usia muda alasan dan penghalang untuk berjaya
MUHAMMMAD Muhaimi bersama Amirah dan anak mereka Damia.

Pelajar Fakulti Perakaunan Universiti Teknologi MARA (UiTM) Muhammmad Muhami Zulkifli, 23, berkata, dia yang mendirikan rumah tangga pada usia 21 tahun masih bersemangat meneruskan pengajian walaupun sudah bergelar bapa.

“Kahwin pada usia muda bukanlah alasan dan penghalang untuk berjaya malah pencetus semangat kerana ada ‘kekuatan’ di sisi.

“Memang segelintir masyarakat berpendapat bahawa kahwin muda akan melenyapkan segala impian dan cita-cita namun ia hanyalah sekadar ‘picisan’ kerana segalanya bergantung kepada individu itu sendiri,” katanya ketika ditemui

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.