PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kaki seorang kanak-kanak lelaki dianggarkan berusia lima tahun tersepit pada eskalator tingkat dua pusat beli-belah di KLCC di sini, malam ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 malam itu, mangsa bersama ibu bapanya dipercayai berasal dari Timur Tengah, sedang menuruni eskalator berkenaan bersama pengunjung lain memetik Harian Metro.

Kaki budak tersepit eskalator di pusat beli-belah KLCC
Ibu bapa mangsa menenangkan anak mereka sementara menunggu bantuan Bomba tiba. 

Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 7.39 malam dan sepasukan anggota serta pegawai dari Balai Bomba dan Penyelamat KLCC dan Keramat, dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Anggota bomba tiba kira-kira 10 minit kemudian dan kaki kanak-kanak itu dapat dikeluarkan sepenuhnya pada pada jam 8.19 malam,” katanya.

Menurutnya, mangsa kemudian dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.