PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kalau limosin dengan motif Hello Kitty pun boleh kecoh kat Malaysia ni, apatah lagi kalau Toyota Tundrasine begini – sebuah limosin sepanjang 7.9 meter yang diasaskan daripada sebuah pikap! Tepatnya, ia bermula sebagai sebuah Tundra 1794 Edition 4×4 CrewMax dengan enjin 5.7-liter V8.

Limosin dengan lapan pintu ini menjadi salah satu tarikan di pertunjukkan SEMA di Las Vegas yang menjadi antara acara paling penting bagi peminat-peminat dunia ubahsuai kenderaan memetik Astro Awani.

Memperkenalkan Toyota Tundrasine, Toyota pikap limosin

Ruang di dalam kabin Tundrasine ini sudah mencapai tahap kemewahan yang jauh berbeza daripada sebuah pikap. Kalau nak digambarkan, ia kelihatan seperti di dalam sebuah pesawat peribadi; dengan tambahan setiap barisan kerusi penumpang mempunyai pintunya sendiri. Memang molek untuk ahli-ahli perniagaan berjaya, atau pemimpin kerajaan.

Walaupun sekarang adalah sebuah kenderaan yang jelas mewah dan unik, Toyota Tundrasine ini tidak lupa untuk menunjuk fizikal asalnya. ‘Flatbed’ atau ruang kargo terbuka di belakang pikap ini masih kelihatan. Elok untuk tong-tong menyimpan bahan api yang didahagakan enjin V8 di hadapan!

Kalau limosin Hello Kitty boleh bikin kecoh, inikan pula Toyota pikap limosin

Kalau limosin Hello Kitty boleh bikin kecoh, inikan pula Toyota pikap limosin

Kalau limosin Hello Kitty boleh bikin kecoh, inikan pula Toyota pikap limosin

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.