PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

PKR menyifatkan cubaan melawan BN dengan duit hanyalah kerja bodoh kerana jelas ianya tidak akan berjaya. Naib Presidennya, Rafizi Ramli menegaskan soal duit tidak menjadi pertimbangan parti itu dalam berpolitik.

Rafizi Ramli kata nak beli ahli parlimen BN pun, BN boleh tawar 10 kali ganda
Kalau kami tawar pun, BN bagi 10 kali ganda

“Saya tak tahu. Ini kali pertama saya dengar dakwaan ini.

“Kami belajar daripada awal lagi dalam politik ini, kalau cuba nak melawan Umno dengan duit, itu kerja bodoh. Tak akan menang punya.

“Mana kami nak korek? Soal beli ahli Parlimen BN soal duit ini memang tak pernah menjadi sebahagian pertimbangan dalam PKR langsung,” katanya kepada Sinar Online dalam satu wawancara semalam.

Semalam, Pertubuhan Minda dan Sosial Prihatin (PMSP) mendakwa Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali cuba membawa masuk RM8 bilion menerusi Darul Ehsan Investment Group (DEIG) dipercayai akan digunakan untuk menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak, sekali gus memancing Ahli Parlimen BN menyertai Pakatan Harapan memetik Sinar Harian.

Mengulas lanjut, Rafizi yang juga Setiausah Agung PKR itu berkata, sekiranya Pakatan Harapan menawarkan sejumlah wang, BN boleh menawarkan 10 kali ganda daripada jumlah itu.

“Cuba bayangkan jika kami mempunyai duit sekalipun nak pergi beli (ahli Parlimen BN), satunya kami nak pergi beli itu, kami akan kena tangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Kemudian, jika kami tawarkan pun, BN boleh tawarkan 10 kali ganda lebih tinggi. Jadi, kita memang tak akan menanglah,” katanya.

Penasihat Khas PMSP, Ramesh Rao dalam dakwaannya selepas menyerahkan memorandum kepada wakil Azmin berkata, dana berkenaan diperoleh melalui empat buah projek yang direka khas melibatkan Yayasan Selangor dan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Selangor (PKNS).

Katanya, maklumat yang diperoleh mendapati RM3 bilion dibawa melalui yayasan manakala, RM5 bilion pula dibawa melalui PKNS.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.