PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Orang boleh cakap apa saja soal hati. Cinta sesuatu yang tidak boleh dipaksa, hadir pada waktu yang tidak pernah disangka-sangka.

Entah mana tiba-tiba hati rasa sayang, terlebih rindu kalau sehari tak pandang wajahnya. Pernah lalui, kan? Itulah keunikan hati manusia yang dikurniakan Allah dengan perasaan kasih sayang.

Tapi macam mana kalau tetiba terjatuh cinta dengan orang yang salah. Misalnya terjatuh cinta dengan suami orang. Apakah yang akan anda lakukan, teruskan atau paksa diri untuk berundur.

Jatuh Cinta Dengan Suami Orang? Wajib Baca Ini
Kalau Terjerat Cinta ‘Hak Orang’, Wanita Kena Lakukan Ini

Ok, cuba teliti macam mana anda boleh terjerat dengan cinta suami orang? Alasan yang kerap diberikan: 

1. Tak tahu status kekasih
2. Suami orang selalunya lebih ambil berat 
3. Suami orang lebih bertanggungjawab dan tak kisah status lelaki yang menjadi kekasih hati.

Tolonglah, sebelum buat keputusan, lihat dulu situasi isteri sedia ada si dia. Janganlah nak buat keras hati sampai sanggup menjadikan si dia suami anda sebab mungkin hati isterinya terluka sampai tak boleh nak kawal diri.

Tapi berbeza dengan situasi kalau memang isteri si dia membenarkan suami berkahwin lain atas sebab kesihatan misalnya. Ingat ya, kalau boleh biarlah anda bertindak macam ini dulu…

1. Jangan main redah, ambil masa dan fikir jauh

Sekiranya lelaki bergelar suami orang ingin berkahwin disebabkan oleh permintaan daripada isterinya, dia selalunya meminta isteri itu sendiri yang mencarikan calon untuknya. Bukannya dengan cara menggatal di laman sosial atau mencari sendiri calon isteri kedua.

Lelaki yang bertimbang rasa, pastinya berfikir banyak kali untuk menduakan isteri. Malah kalau jatuh cinta dengan suami orang pun, anda sepatutnya berfikir banyak kali sebelum hubungan anda semakin jauh.

Ada banyak perkara yang akan timbul jika anda bersetuju untuk menerima lamaran suami orang. Pastinya ibu bapa anda akan mempersoalkan, kawan-kawan akan bercakap sesama sendiri dan fikirkan juga cara untuk anda bersemuka dengan bakal madu anda nanti.

2. Doa, tawakal dan redha perjalanan masa depan

Jodoh itu rahsia Allah. Anda tidak tahu siapa calon jodoh. Mungkin memang lelaki bergelar suami orang itulah jodoh anda kerana anda ditakdirkan hidup bermadu. Ramai orang bermadu dan hidupnya bahagia selamanya.

Berdoa dan berserah kepada Allah adalah jalan terbaik. Lakukan solat istikharah untuk mendapat petunjuk daripada Allah. Minta juga nasihat daripada ibu bapa supaya pilihan anda itu mendapat restu daripada orang tua.

Kalau benar jodoh dengan suami orang, anda kena lebih cepat matang. Haaa… bersedialah untuk hidup berkongsi kasih. Perlu banyak sabar, beralah, berfikiran terbuka, jangan mudah merungut dan terima hakikat bahawa suami perlu memberi banyak perhatian kepada orang lain juga. Bukan mudah hidup bermadu kerana seorang wanita memang mempunyai perasaan cemburu yang luar biasa. - Mingguan Wanita

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.