PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Pada mulanya, kami hanya melihat rendang yang dijual oleh selebriti yang terkenal dengan gelaran diva ini dengan sebelah mata.

Namun, feedback yang diberikan di laman Instagram, membuatkan kami tidak dapat menolak perasaan ingin mencuba dan ya – ini bukan iklan berbayar.

Akibat membeli rendang Azwan Ali

Kami sediakan tips untuk membeli dengan Azwan Ali, dari mula berurusan sehinggalah ke proses memasak.

Kami beli rendang Azwan Ali dan ini akibatnya

1. Pastikan anda ada samrtphone, maka boleh follow Azwan Ali di Instagram.

2. Dalam muatnaik gambar di dalam Instagram Azwan, ada terdapat nombor untuk dihubungi untuk sebarang tempahan rendang.

3. Apa yang anda akan dapat daripada Azwan Ali adalah rendang (ayam atau daging) dalam keadaan frozen dan anda perlu memanaskannya kembali dengan betul.

Kami beli rendang Azwan Ali dan ini akibatnya

4. Jangan guna microwave (ini Azwan Ali pesan).

5. Masukkan sedikit minyak, biarkan panas dan masukkan rendang.

6. Memahami rendang frozen yang disediakan oleh Azwan Ali bukanlah seperti frozen yang biasa dilihat di pasaraya yang memerlukan research and development yang mungkin makan masa lebih lama, anda kena jangkakan akan ada kekurangan rasa (dalam jumlah yang sangat sedikit)

7. Namun ia tidak akan menghalang anda untuk menikmati hidangan rendang ini dengan penuh berselera. Serius bagi kami rendang daging (atau rendang hati lembu) yang kami makan sangatlah membuka selera. Rasa rempahnya memang terasa.

Kami beli rendang Azwan Ali dan ini akibatnya

8. Azwan Ali juga kata, mungkin tahun depan rendang yang dijualnya ini akan hadir dengan packaging yang lebih kemas dan menarik.

9. Akibat daripada makan rendang Azwan Ali ini? Anda mungkin akan membeli lagi atau mungkin tidak. Ini kerana subjek sedap adalah sangat subjektif. Bagi kami, rendang daging berjaya menambat hati kami. Follow Azwan di Instagram untuk melihat kepuasan hati pembelinya.

10. Harga ketika kami dapatkan rendang ialah RM30 untuk ayam dan RM30 untuk daging (dan hati lembu).

Jom saksikan detik kami ketika mengambil rendang dan sempat jugalah mendengar celotehnya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.