PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Ramai orang luar yang keliru antara Kampung Gajah dengan Batu Gajah dan Alor Gajah. Alor Gajah terletak di negeri Melaka. Batu Gajah terletak di Perak juga.

Kampung Gajah terletak di tepi tebing kanan Sungai Perak, Perak, Malaysia. Kampung Gajah terletak kira-kira 75 km di barat bandar Ipoh. Bandar Teluk Intan terletak di selatan Kampung Gajah, kira-kira 25 km. Jika anda dari Teluk Intan hendak ke Pulau Pangkor dan Lumut melalui jalan lama, anda akan temui Kampung Gajah.

Kisah Sebenar Kampung Gajah, Sang Kelembai dan Pahlawan

Ada beberapa versi nama Kampung Gajah ini.

1. Kampung Gajah ini mendapat nama kerana banyak gajah di hutan rimba berhampiran dengan Bukit Tunggal, Kampung Gajah. Gajah-gajah ini berkeliaran mencari makan dan makan pokok pisang, umbut kelapa dan buah ketior yang dipunyai penduduk kampung. Oleh itu kawasan ini dinamakan Kampung Gajah.

2. Kampung Gajah mendapat nama dari kesan tapak kaki gajah yang banyak dilihat di tepi-tepi sungai dan di dalam sawah-sawah padi. Sebenarnya tapak kaki gajah itu adalah tapak kaki manusia iaitu manusia yang mendapat penyakit untut. Sesiapa yang mendapat penyakit untut, akan mendapati kaki dan tapak kaki menjadi besar dan menggerutu, ada bintil-bintil besar. Penyakit untut berpunca dari nyamuk elephantiatis yang banyak terdapat di hutan paya tropika. Jadi pasukan Siam yang hendak menyerang negeri Perak tidak jadi menyerang kerana takutkan banyaknya gajah di kawasan ini.

3. Kampung Gajah mendapat nama daripada batu di kaki Bukit Tunggal yang menyerupai bentuk gajah. Sang Kelembai ialah makhluk ghaib yang mempunyai kuasa sakti yang boleh menyumpah sesiapa sahaja menjadi batu. Sang Kelembai biasanya berada d dalam hutan dan pantang kepada bunyi bising ketika berada di dalam hutan. Jika Sang Kelembai tertarik dengan bunyi tersebut, Sang Kelembai akan menegur. Manusia atau binatang yang ditegur akan menjadi batu. Dalam masyarakat orang Asli di Kampung Gajah, jika mereka hendak memburu binatang di dalam hutan, sesiapa yang melaluinya tidak boleh sekali-kali menegur atau menyapa. Jika menegur juga, orang Asli tersebut akan kembali semula ke rumah dengan tangan kosong kerana beranggapan hasil buruan tidak akan dapat. Malahan mungkin akan ditegur oleh Sang Kelembai dan menjadi batu.

4. Nama Kampung Gajah pernah hendak ditukar dengan nama lain kerana perkataan ‘kampung’ tidak sesuai lagi. Hal ini timbul semasa Dr Mahathir bin Mohamad datang ke majlis Semarak peringkat negeri Perak pada tahun 1986. Namun begitu ramai yang membantah dan tidak ada nama yang sesuai. Sebelum itu nama Teluk Anson ditukar kepada Teluk Intan dan Port Weld ditukar kepada Kuala Sepetang.

5. Kampung Gajah merupakan sebuah pekan yang sedang membangun. Secara umum, penduduk Kampung Gajah berbangsa Melayu, kurang bangsa Cina dan India seperti bandar-bandar yang lain. Orang Cina ramai di sini sebelum kedatangan JWW Birch dan selepas itu berpindah ke tepian Sungai Perak. Orang Cina berniaga kedai runcit, kedai emas, kedai membeli getah dan penoreh getah di sekitar Kampung Pasir Salak, Selat Pulau dan Kampung Cina di mukim Bandar. Tetapi setelah terjadinya Perang Sabil di Sungai Manik, Perak dan sekitarnya, orang-orang Cina telah berhijrah ke tempat lain seperti ke Teluk Intan, Chui Chak, Langkap dan Setiawan.

6. Di sepanjang Sungai Perak di Daerah Kampong Gajah ini terdapat kampung-kampung tua. Kewujudan kampung ini boleh dilihat sebagai petanda betapa pertempatan telah lama wujud di sini. Kewujudan kampung-kampung ini membuktikan bahawa daerah Kampung Gajah ini amat bersejarah di negeri Perak. Orang Melayu terdahulu amat mengutamakan perusahaan yang diwarisi, jika boleh, hingga kepada anak cucu. Tanaman durian yang diusahakan menjadi bukti usaha mesyarakat mapan untuk manfaat generasi masa kini. Sikap penduduk dahulu amat baik untuk diteladani. Gotong-royong, setiakawan, amanah, tekun, penyabar, sopan santun, dan pembersih.

7. Terdapat beberapa orang tokoh terkenal berasal dari Kampung Gajah. Daerah kecil Kampung Gajah ini merupakan tempat bersemayam beberapa orang Sultan Perak, yang berasal dari susur galur Sultan di Melaka.antaranya:

Megat Terawis 
Dato Maharaja Lela
Dato Sagor
Ngah Jabor
Si putum
Dan beberapa individu lagi dan ada yang tak dikenali umum.ini menunjukkan disini tempatnya kelahiran pahlawan terbilang.

8. Antara kampung dan kawasan disekitarnya.

  • Mukim Bandar
  • Bandar Pusat Seberang Perak
  • Bukit Cawi Seberang Perak
  • Changkat Pinggan
  • Chenderong Kelubi
  • Kampung Air Mati
  • Kampung Balun Bidai
  • Kampung Pengkalan Nibong
  • Kampung Changkat Rambai
  • Kampung Changkat Bayas
  • Kampung Gajah
  • Kampung Bandar Lama
  • Kg Teluk
  • Kampung Geronggong
  • Kampung Paloh Pachat
  • Kampung Pasir Garam
  • Kampung Pasir Kubu
  • Kampung Pulau Besar
  • Kampung Sejagop
  • Kampung Setia
  • Kampung Sungai Durian
  • Kampung Sungai Ranggam
  • Kampung Sungai Rubana
  • Kampung Telok Baharu
  • Kota Setia
  • Ladang Rubana Bahagian 2
  • Ladang Seberang
  • Bandar Tua
  • Pasir Jeneris
  • Pasir Salak
  • Pulau Juar
  • Pulau Tiga
  • Pulau Gajah
  • Selat Pulau
  • Sungai Besar
  • Sungai Buaya
  • Sungai Galah
  • Sungai Jejawi
  • Sungai Kerang
  • Tanjong Bidara
  • Tanjong Kubu
  • Telok Sareh

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.