PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Bertentangan dengan kebiasaan, seorang kanak-kanak berusia tujuh tahun di wilayah Guizhou, barat daya China, menjaga bapanya yang lumpuh sejak setahun lalu.

Kehidupan Ou Yanglin berubah tragik pada musim panas 2013 apabila bapanya jatuh dari tingkat dua rumah mereka. Kecederaan saraf tunjang menyebabkan Ou Tongming lumpuh dari pinggang ke bawah memetik Harian Metro.

Budak 7 tahun pikul tanggungjawab jaga bapa yang lumpuh
YANGLIN menyuapkan makanan ke mulut bapanya.

Keluarga itu menghabiskan semua wang simpaanan mereka untuk merawat Tongming.

Kerana tidak mampu berdepan dengan keadaan itu, isterinya meninggalkan dia dan anak mereka.

Sejak itu Yangling menjaga bapanya dan pada masa sama meneruskan persekolahannya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.