PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

“Malaysia bertemu wakil Amerika Syarikat (Setiausaha Pertahanan AS, Dr Ashton Carter) dan China (Menteri Pertahanan China Jeneral Chang Wanquan) bagi meminta penjelasan berhubung aktiviti ketenteraan kedua-dua pihak di Laut China Selatan,” kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Menurutnya, kehadiran kapal perang China dan Amerika Syarikat di perairan terbabit hingga menimbulkan kebimbangan dalam kalangan negara Asean memetik Harian Metro.

Malaysia minta penjelasan isu kapal perang China dan Amerika di Laut China Selatan
Gelora kapal perang - Gambar Hiasan

“Malaysia tidak berkompromi aktiviti ketenteraan yang boleh menggugat ketenteraman di rantau ini khususnya di Laut China Selatan.

“Malaysia meminta penjelasan daripada pemimpin kedua-dua negara itu pada Mesyuarat Menteri-Menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) kali ke-10 bermula esok (hari ini) yang turut disertai delegasi China dan Amerika Syarikat,” katanya.

Beliau berkata, akan meminta penjelasan Carter dan Chang berhubung tujuan pergerakan aset di perairan berkenaan.

“Saya tidak mengalukan sesuatu yang mengganggu kestabilan dan keamanan di rantau ini. Ia kritikal untuk memberi komen sekarang tanpa mendengar penjelasan kedua-dua pihak,” katanya pada sidang media di Saujana Resort selepas membuat lawatan persiapan terakhir Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan ASEAN (ADMM) – 10 di Saujana Resort, semalam.

Katanya, negara kuasa besar terbabit dalam kestabilan dan keamanan di dunia khususnya rantau ini tetapi pada masa yang sama, Malaysia perlu meneliti keadaan semasa bagi memastikan mereka benar- benar membantu dalam semua keadaan.

“Keadaan ini sama seperti isu di Syria sekarang di mana kami perlu mengikuti perkembangan dengan rapat.

“Kami tidak boleh memandang ringan mengenai keadaan di Syria kerana ada kemungkinan boleh terjadi di sini pada bila-bila masa,” katanya.

Beliau sebelum ini melahirkan kebimbangan berhubung isu kepulauan Spratly di Laut China Selatan yang kerap mencetuskan pertelagahan.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.