PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Datuk Bandar Jakarta Utara, Rustam Effendi mengakui masalah sampah di kawasannya amat teruk sehingga menerima banyak keluhan daripada beberapa kapal tentera laut negara sahabat yang datang berkunjung.

Terbaharu, beliau mendedahkan ada rombongan armada laut Turki yang berkesempatan melakukan lawatan rasmi ke pejabatnya dan mengeluhkan hal sampah-sarap habis memenuhi perairan wilayah ibu kota Indonesia itu memetik Mynewshub.

Laut Jakarta penuh sampah, Kapal tentera Turki ‘bising’

“Mereka juga beritahu saya bahawa sampah dari Jakarta sudah sampai ke Pulau Untung Jawa. Padahal untuk ke sana memerlukan masa 45 minit pelayaran dari pelabuhan Marina,” kata Rustam di Marunda, di sini pada Sabtu.

Jakarta Utara ujar beliau, sebenarnya memiliki banyak destinasi pelancongan yang menarik, namun masalah kebersihan masih lagi menjadi isu yang dikeluhkan oleh sebahagian besar pelancong asing dan tempatan sendiri.

Kapal tentera Turki ‘bising’ laut Jakarta penuh sampah

Permasalahan tersebut, kata Rustam, menyebabkan program Gerakan Bersih dan Senyum diusahakan Menteri Koordinator Bidang Maritim dan Sumber Daya, Rizal Ramli terpaksa dilancarkan di kawasan Jakarta Utara.

Dianggarkan kira-kira 1.3 juta tan sampah dibuang di laut seluruh Indonesia sahaja menyaksikan republik ini kedua di dunia selepas China (3.5 juta tan) dari segi jumlah sisa pepejal di perairan diikuti Filipina (0.8 juta tan).

Ketika ini, Jakarta menghadapi beberapa permasalahan sampah waima di zon perairan dan Rustam berpendapat, masalah berkenaan terjadi akibat gaya urus tadbir pihak pengurusan buangan yang masih lagi bersifat tradisional.

“Setiap hari di Daerah Khusus Ibukota Jakarta menghasilkan 7,000 tan sampah yang diangkut sekitar 1,000 trak ke Bantar Gebang dan kos pengendaliannya pada tahun ini sahaja mencecah 1.5 trilion rupiah (RM465 juta).

Kapal tentera Turki ‘bising’ laut Jakarta penuh sampah

“Tahun depan dijangka naik kepada 2.5 trilion rupiah (RM776 juta). Kalau buat perumahan awam, boleh jadi berapa itu, tapi kerana pengurusannya masih tradisional. Walhal sudah patut diterapkan sistem 3R,” kata Rustam.

Justeru, aspek pengelolaan sampah untuk masa akan datang, Rustam menyarankan agar Jakarta harus sudah menerapkan sistem 3R (reduce, recycle, reuse) seperti yang telah diamalkan oleh beberapa buah negara jirannya.

Beliau bagaimanapun menyatakan, sistem pengelolaan yang lebih baik itu, mungkin pada akhirnya juga tidak dapat berjalan dengan baik jika tidak ada dukungan daripada segenap lapisan penduduk awam di Jakarta.

“Kalau tong 3R dan pasukan pengurusan sampah sudah kami buat, tapi masyarakat tempatan pula masih lagi tidak ikut sama, sistem pengelolaannya tetap tidak berjalan,” kata Rustam lagi.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.