PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kisah seorang lelaki berusia 84 tahun yang sabar menjaga isterinya yang lumpuh selama 56 tahun menyentuh hati ramai pengguna Internet di China.

Du Yuanfa yang berasal dari bandar Linyi di wilayah Shandong berkahwin dengan isterinya, Zhou Yuai pada November 1958 memetik Harian Metro.

Setianya suami ini sanggup jaga isteri lumpuh selama 56 tahun
DU meniup makanan yang panas sebelum menyuapkan isterinya.

Ketika Du bekerja di sebuah lombong arang batu di bandar Tai’an, dia menerima berita bahawa isterinya sakit dan segera pulang ke kampung.

Apabila tiba di kampung, Du dapati isterinya terbaring di katil dan tidak lama selepas itu Zhou terus lumpuh.

Du berkata, isterinya lumpuh ketika usia perkahwinan mereka masuk lima bulan.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.