PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Pelakon Datin Nina Juren didakwa telah ditipu oleh peniaga online di Instagram yang sehingga kini masih tidak memulangkan kembali wang yang sudah dibayarnya.

Nina Juren menerusi laman Instagram miliknya meluahkan rasa tidak puas hati kepada peniaga online itu memetik Murai.

Nasib Malang Nina Juren Ditipu Peniaga Online
Nina Juren: Memang SETAN..

Kasihan Datin Nina Juren Kena Tipu Hidup-Hidup

Sebuah foto screenshot perbualan aplikasi Whatsapp yang dimuat naik ke Instagram Nina telah menulis kapsyen seperti “Memang SETAN…”

Menerusi screenshot yang didedahkan itu, Nina Juren beberapa kali meminta wangnya dipulangkan tetapi peniaga berkenaan yang dipanggil Mira memberikan banyak alasan untuk membayarnya kembali.

Ramai peminat dan pengikut Nina turut bersimpati dengan meninggalkan komen-komen di bawah foto tersebut.

Harap peniaga online di luar sana mengambil ikhtibar dari kejasian yang berlaku ke atas Nina.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.