PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

KDN minta orang ramai buat laporan jika ada jualan buku berunsur Syiah | Orang ramai yang mengesan penjualan buku bacaan berunsur ajaran Syiah di pasaran perlu melaporkan mengenainya kepada Bahagian Keselamatan Dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Penolong Setiausaha Kanan bahagian itu Zamihan Mat Zin berkata penerbitan bahan bacaan berunsur ajaran Syiah boleh merosakkan akidah umat Islam dan boleh dikenakan tindakan undang-undang mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 memetik Bernama.

Jika ada buku berunsur Syiah dijual, laporkan segera
Lapor KDN jika ada jualan buku unsur Syiah.

Beliau berkata demikiankepada Bernama semasa mengulas dakwaan Gerakan Anti Syiah Malaysia mengenai adanya penjualan buku untuk kanak-kanak prasekolah berjudul ‘Belajar Sambil Bermain’ yang mempromosikan ajaran Syiah.

Badan bukan kerajaan (NGO) itu mendakwa buku itu ditulis oleh seorang imam Syiah Iran bernama Ibrahim Amini yang sengaja diterjemahkan ke dalam Bahasa Indonesia dan Malaysia bagi memesongkan akidah umat Islam di negara ini.

Buku itu juga didakwa memuatkan ajaran salah di bawah tajuk ‘Allah SWT Sumber Ciptaan’, ‘Hari Besar Al-Ghadir’ dan ‘Iman ada Dua Belas’.

Kandungan dalam buku terbabit.

KDN minta orang ramai buat laporan jika ada jualan buku berunsur Syiah

Buku Syiah Kanak-kanak

Buku Syiah Kanak-kanak

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.