PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

PENYANYI Adam Lambert mengkritik sesetengah individu di negara Barat yang terlampau ekstrem membenci umat Islam susulan serangan yang berlaku di Paris, baru-baru ini.

Menulis di laman Twitter, Adam Lambert menyatakan pendapatnya mengenai sikap sesetengah orang yang suka memandang serong mengenai umat Islam.

Adam Lambert kata kebencian pada Islam adalah rancangan ISIS

“Islamophobia. Please don’t generalize about Muslims. It’s grossly ignorant. This is the hate ISIS wants to create. Don’t let them win. Think”. (Islamophobia. Tolong jangan pandang serong terhadap kesemua umat Islam. Ia sangat tidak patut. Ini adalah agenda yang mahu diwujudkan oleh ISIS. Jangan biarkan misi mereka (ISIS) berjaya. Fikir”.

Kebencian orang Barat terhadap umat Islam semakin bertambah selepas insiden World Trade Center diserang pada 11 September 2001, apatah lagi pihak media sana sering memomokkan masyarakat dengan berita-berita buruk mengenai Islam sehingga timbulnya terma Islamophobia .

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.