PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Ujian peluru berpandu di luar pantai California semalam mencetuskan kekecohan di media sosial apabila orang ramai menyangka mereka melihat objek terbang yang tidak kenali (UFO).

Hashtag di Twitter #Navy, #comet dan #UFO menjadi perbicaraan hangat selepas pengguna media sosial memuatnaikkan video dan gambar cahaya misteri yang menerangi angkasa lepas dalam kegelapan malam.

Objek didakwa UFO adalah ujian peluru berpandu
CAHAYA yang dilihat di angkasa lepas di Amerika Syarikat yang disangka UFO

“Ada UFO di Los Angeles. Saya teruja. Saya sudah bersedia,” tulis Shane Dawson, yang terkenal kerana videonya di YouTube, di akaun Twitternya.

Seorang lagi pengguna @AnieJacobson menulis: “UFO di Los Angeles. Ia bukan komet. Anak saya melihat UFO di Hollywood.”

Akhbar San Diego Union melaporkan, cahaya itu boleh juga dilihat penduduk di Nevada dan Arizona sementara pihak berkuasa menerima banyak panggilan melaporkan kejadian itu.

Bagaimanapun, ketika orang ramai sibuk meramalkan dunia akan kiamat berikutan kejadian itu, pegawai mengeluarkan kenyataan untuk menjelaskan kejadian itu.

“Program Sistem Strategik Tentera Laut melakukan ujian peluru berpandu Trindent II di laut dari USS Kentucky (kapal perang) di Lapangan Ujian Pasifik di luar pantai California Selatan.

“Ujian itu diadakan seperti yang dijadualkan sebelum ini,” kata Komodor Tentera Laut Ryan Perry. – AP

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.