PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Sebelum ini kami ada menyiarkan artikel anak melayu yang tinggal di Shelter Home yang dikendalikan oleh Mubaligh Kristian. Atas dasar prihatin, sekumpulan orang melayu prihatin yang diketuai oleh Ustaz Abdullah telah tampil bagi membantu mereka.


"Biarlah kami mati di gereja ini saja!"

Ikuti kisahnya.

Alhamdulillah, walaupun dah enam tahun berlalu, ramai yang bagi respond terhadap artikel aku berhubung anak-anak Melayu kita (AIDS/HIV) yang mendapatkan perlindungan di shelter home kendalian mubaligh Kristian tu.

Ramai juga yang tertanya-tanya apa jadi lepas tu?

OK, bila kami dah pergi ke shelter home itu, kami berbincang cara baik dengan tuan paderi untuk mengeluarkan mereka. Tuan paderi hanya bagi dua syarat. Pertama biarlah ia diputuskan secara sukarela oleh pesakit, kedua sediakan tempat/ rawatan yang sempurna pada mereka.

Serentak itu Ustaz Muhammad tanpa berlengah lagi terus ke sana dan ke sini meminta bantuan dana dan nasihat daripada pihak agama dan berwajib. Kesian beliau. Ada beberapa pihak yang pada mulanya acuh tak acuh saja malah ada yang TAK LAYAN ustaz ini. Namun Allah maha kuasa. 

Berkat keikhlasan hatinya, ada pihak swasta termasuk hospital swasta di Shah Alam bersetuju menyumbangkan katil khas pada pesakit ini. Pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) juga bersetuju menyumbangkan dana setiap bulan bagi membantu Ustaz Abdullah menyelenggarakan rumah perlindungan untuk anak-anak Melayu yang kita keluarkan dari gereja ini.

Akhirnya untuk permulaan, Ustaz Abdullah menyewa dulu sebuah banglo kosong di Petaling Jaya untuk menempatkan mereka. Percaya atau tidak, itu pun setelah habis kudrat dia mencuba kerana tiada satu pun orang kita yang nak sewakan rumah mereka kepada para pesakit ini. Semuanya kerana stigma. Nasib baiklah ada seorang lelaki Cina yang sudi menyewakan rumah berkenaan.

Then ini paling thrill - nak pujuk anak-anak Melayu kita keluar dari gereja itu. Bukan mudah ye. Ramai yang dah kecil hati dan tak mahu keluar dari shelter home itu. Ada yang kata, biarlah kami mati di gereja ini saja!

Di sinilah hebatnya Ustaz Abdullah. Perlahan-lahan beliau pujuk anak-anak Melayu kita. So kami pun dengan menggunakan beberapa buah kenderaan, datang ke situ dan mengambil anak-anak Melayu kita ini PINDAH ke tempat baru kendalian sepenuhnya orang-orang Islam kita.

Namun jauh di sudut hati, kami tetap berterima kasih pada tuan paderi kerana menjaga anak-anak Melayu kita ini. Sama ada dia ikhlas untuk membantu atau ada 'agenda' lain bukanlah kita yang nak menentukan.

Hanya Allah saja yang tahu. Yang penting, sebagai orang Islam, Ustaz Abdullah dan kami semua dah laksanakan tanggung jawab kami semampunya....begitu juga tuan paderi itu, sebagai seorang manusia, at least dia juga telah menjalankan tanggungjawabnya....nanti kita sambung lagi.

Kehebatan Ustaz Memujuk Anak Melayu Keluar Dari Gere

Kehebatan Ustaz Memujuk Anak Melayu Keluar Dari Gere

Kehebatan Ustaz Memujuk Anak Melayu Keluar Dari Gere

Kehebatan Ustaz Memujuk Anak Melayu Keluar Dari Gere

Kehebatan Ustaz Memujuk Anak Melayu Keluar Dari Gere

Kehebatan Ustaz Memujuk Anak Melayu Keluar Dari Gere

Kehebatan Ustaz Memujuk Anak Melayu Keluar Dari Gere

Sebarang info dan kepada mereka yang berhajat untuk menghulurkan bantuan atau melawat, sila hubungi Syahril A. Kadir.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.