PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di lereng bukit bersebelahan Jalan Raja Chulan.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Kuala Lumpur, Azizan Ismail, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian tersebut pada jam 10.53 pagi.

“Panggilan tersebut memaklumkan, lapisan konkrit pengadang pada lereng bukit itu runtuh bersama tanah dan menimpa sebuah restoran di bawahnya,” katanya.

Runtuhan tersebut menyebabkan seluruh bahagian dapur restoran La Vie En Rose ranap memetik Astro Awani.

Lereng bukit Jalan Raja Chulan dilanda tanah runtuh
Tanah runtuh di lereng bukit Jalan Raja Chulan

Sejurus menerima panggilan, kira-kira 50 anggota bomba bersama empat jentera dari Balai Hang Tuah dan KLCC digegaskan ke tempat kejadian.

“Kami mendapati terdapat empat tong gas memasak (LPG) masing-masing seberat 50 kilogram bocor ekoran ditimpa konkrit.

“Titik punca kebocoran ditemui di bahagian dapur restoran yang ditimbus tanah beberapa minit sebelum hujan lebat pada sekitar jam 1 petang,” maklumnya.

Sehubungan itu, penduduk telah diminta mengosongkan bangunan kediaman dan restoran tersebut ditutup untuk dua minggu.

Ketika ini bomba sedang melepaskan gas daripada tangki yang bocor secara terkawal bagi mengelak risiko kebakaran yang seterusnya kemungkinan boleh menyebabkan letupan.

Sementara itu, pihak berkuasa lain sedang menunggu hujan reda sebelum Jabatan Kerja Raya dibenarkan untuk melakukan kerja-kerja pemeriksaan tanah.

Dalam pada itu, seorang penduduk pangsapuri di bahagian atas lereng bukit itu memberitahu, dia terdengar bunyi seakan guruh kecil dan letupan mercun sekitar jam 2 pagi.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.