PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kerja pembersihan laluan akibat tanah runtuh dari Kuala Lumpur ke Kuantan di Kilometer 52.4 Lebuhraya KL-Karak telah selesai namun kenderaan yang terhalang malam tadi sahaja dibenar untuk meneruskan perjalanan ke Kuantan.

Laluan kedua-dua hala Lebuhraya Karak KL-Kuantan masih ditutup
Laluan kedua-dua hala KL-Kuantan masih ditutup – Menteri Kerja Raya.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof, dalam posting Twittter terbaharunya pagi ini berkata, kerja pembersihan bagi laluan Kuantan ke Kuala Lumpur di lebuh raya itu masih dilaksanakan dan dijangka mengambil masa kerana lumpur terlalu banyak.

“Demi keselamatan pengguna, laluan kedua-dua hala masih ditutup kerana masih lagi terdapat pergerakan air dari atas bukit di tempat kejadian,” katanya memetik Berita Harian.

Beliau berkata pengguna dinasihatkan untuk menggunakan jalan alternatif seperti dicadangkan malam tadi oleh pihak berkuasa.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.