PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Pelakon Ayu Raudhah berasa kasihan melihat kakaknya Rozita Che Wan yang sering dikutuk dan dipersoalkan mengenai kemewahan dimiliki.

Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan, 31, berkata, Rozita atau lebih mesra disapa Che Ta sebenarnya wanita yang terlalu bekerja keras dalam perniagaan sehingga tiada masa untuk diri sendiri memetik Mstar.

Ayu Raudhah Ulas Isu kemewahan Che Ta dipersoal

“Saya kasihan tengok dia yang sering dikritik. Bagi saya, kemewahan yang dimilikinya sekarang ini adalah hasil usaha dia yang dia lakukan selain tidak pernah tahu erti penat,” katanya.

Bagaimanapun tambah Ayu, dia yakin, kakaknya seorang wanita yang kental dan isu-isu yang dibangkitkan di media sosial tidak pernah melemahkan semangat untuk terus berjaya.

“Apa-apa pun saya tumpang gembira dengan kehidupannya dan keluarga melihat mereka sudah ke tahap itu (mewah).

“Saya dan adik beradik lain juga mahu mengikut jejaknya menjadi ahli perniagaan yang berjaya,” tuturnya.

Dalam pada itu Ayu dan Rozita menjalankan perniagaan tudung dan fesyen bersama bawah jenama Zeta En Rawdah.

Kemewahan Che Ta dipersoal, Ini Ulasan Ayu Raudhah

Sementara itu, mengenai kemenangannya sebagai Pelakon Pembantu Wanita Terbaik, Anugerah Skrin 2015 (ASK 2015) menerusi filem Lagenda Budak Setan 3, Ayu memberitahu tidak menyangka dia masih lagi relevan dalam industri walaupun  sudah tiga tahun berehat di bidang lakonan.

“Maklumlah dah tiga tahun saya tidak berlakon, tak sangka pula kemenangan ini berpihak pada saya.

“Dan ini merupakan trofi pertama saya sepanjang tujuh tahun berlakon. Kemenangan ini jadi pembakar semangat untuk saya kembali berlakon,” tuturnya.

ASK 2015 disiarkan di TV3 pada malam Ahad lalu.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.