PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

K-pop bukanlah perkara yang asing lagi di negara ini. Nama-nama besar seperti Super Junior, BIGBANG, Beast dan banyak lagi semamangnya cukup popular dalam kalangan peminatnya di Malaysia.

Malah drama-drama hebat dari Korea juga berjaya menambat hati ramai. Lagi-lagi jika artis lelaki, memang digilai dan dipuja.

Namun pernah tak korang tengok gadis muslim Korea bertudung seperti ini? Gadis Korea ini mulai viral beberapa hari yang lalu di laman sosial sudah mempunyai ribuan pengikut di Instagram. Siapakah beliau? Cantik kan?

Satu-satunya dalam keluarga yang memeluk Islam

Gadis Korea memeluk Islam, Ayana

Gadis yang menggelarkan dirinya sebagai Ayana ini merupakan seorang muslim yang menetap di Korea. Sejak akhir-akhir ini dirinya menjadi perhatian pengguna sosial media terutamanya di Instagram.

Iyalah mungkin susah nak jumpa wanita muslim dari Korea yang berhijab seperti ini. Comel pula tu, siapa yang tak tertarik kan?

Menurut gadis berusia 20 tahun ini, dia satu-satunya dalam ahli keluarga yang memeluk Islam ketika masih di bangku sekolah lagi. Katanya lagi dia memang berasal dari Korea dan menetap di Seoul.

Sangat peramah

Kenali Ayana, Gadis Korea yang memeluk Islam

Sikapnya yang ramah dalam membalas hampir kesemua pertanyaan pengikutnya di Instagram membuatkan ramai jatuh hati dan tertarik dengan Ayana. Iyalah kebanyakan kami tengok orang Malaysia yang tanya macam-macam.

Kalau tak percaya, korang try komen dan tanya je apa-apa di Instagram dia, confirm dia jawab.

Bekas juara debat di sekolah

Kenali Ayana, Gadis Korea yang memeluk Islam

Bukan calang-calang tau, masa sekolah dulu Ayana ni sangat aktif dalam perdebatan dan mewakili sekolah sehingga bergelar juara.

Penerimaan orang Korea terhadap Islam?

Kenali Ayana, Gadis Korea yang memeluk Islam

Ditanya mengenai sikap dan penerimaan orang Korea terhadap Islam, Ayana mengatakan orang Korea tidak peduli tentang Islam. Mungkin ada sebahagian membenci namun jangan risau sebab mereka takkan menyerang.

Untuk pengetahuan, bilangan orang Islam di Korea sangat sedikit malah tidak sampai satu peratus daripada 50 juta penduduknya.

Bakal melanjutkan pelajaran di UIA?

Kenali Ayana, Gadis Korea yang memeluk Islam

Jejaka-jejaka yang dah jatuh hati dan mahu berjumpa dengan Ayana ni, jangan risau sebab menerusi bacaan kami di ruangan komen, tahun depan dia akan melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.

Menerusi post di Instagram, khabarnya dia akan ke Malaysia bulan ini. Pasti ramai yang tengah tunggu tu kan?

(Baca: Guru Korea Ini Amat Cantik Hingga Tiada Pelajar Ponteng)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.