PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kenapa Mubaligh Kristian yang Menguruskan Orang Melayu di Shelter Home? | GENAP enam tahun lalu, aku dan rakan-rakan yang diketuai oleh Ustaz Muhammad Abdullah telah berkejar ke sebuah gereja yang terletak di Batu Arang, Selangor. Ini kerana kami mendapat maklumat mengenai terdapat ramai pesakit HIV/AIDS dari keturunan Melayu dan beragama Islam pergi mendapatkan perlindungan dan rawatan dengan paderi-paderi di sana.

Masha Allah, ternyata apa yang kami lihat dengan mata kepala kami memang BENAR. Sayu sungguh melihat keadaan mereka yang terpaksa tinggal di gereja disebabkan tidak dipedulikan dan didiskriminasikan oleh keluarga dan bangsa sendiri. Lebih sayu bilik-bilik tidur mereka dipenuhi dengan gambar Jesus dan ayat-ayat dari kitab Injil.

Pendedahan Orang Melayu di Shelter Home Dikendali Mubaligh Kristian

Sampai di sana, kami berbincang dengan baik dengan paderi yang bertugas. Alhamdulillah, walaupun mereka risau juga dengan kehadiran kami, namun mereka kembali senang apabila kami membuktikan yang tujuan kami bukan untuk bergaduh, tetapi lebih pada menziarah saudara seagama kami di situ.
Menurut paderi berkenaan, ia bukanlah gereja tetapi more to shelter home di mana mereka mendapat geran untuk menjaga para pesakit HIV/AIDS yang terbiar dan melarat. Memang betul pun, kesemua mereka ini dijaga dengan rapi, diberi ubat malah yang dah terlalu lemah turut dimandikan oleh pekerja di situ. Dalam hal ni aku memang salute la pada paderi berkenaan, tetapi akidah pesakit ini yang kami risaukan.

Lalu Ustaz Muhammad memberitahu paderi itu, kalau boleh biarlah kami yang beragama Islam ini sendiri yang menjaga sakit dan makan minum mereka. Syukur, paderi itu faham dan bersedia ‘melepaskan’ pesakit-pesakit ini dengan syarat kami menyediakan rumah perlindungan yang selesa kepada para pesakit ini, kalaupun tidak sebaik shelter home mereka sekarang.

Tuan paderi hanya bagi dua syarat. Pertama biarlah ia diputuskan secara sukarela oleh pesakit, kedua sediakan tempat/ rawatan yang sempurna pada mereka.

Serentak itu Ustaz Muhammad tanpa berlengah lagi terus ke sana dan ke sini meminta bantuan dana dan nasihat daripada pihak agama dan berwajib. Kesian beliau. Ada beberapa pihak yang pada mulanya acuh tak acuh saja malah ada yang TAK LAYAN ustaz ini. Namun Allah maha kuasa. Berkata keikhlasan hatinya, ada pihak swasta termasuk hospital swasta di Shah Alam bersetuju menyumbangkan katil khas pada pesakit ini. Pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) juga akhirnya bersetuju menyumbangkan dana setiap bulan bagi membantu Ustaz Abdullah menyelenggarakan rumah perlindungan untuk anak-anak Melayu yang kita keluarkan dari gereja ini.

Kenapa Mubaligh Kristian yang Menguruskan Orang Melayu di Shelter Home?

Akhirnya untuk permulaan, Ustaz Abdullah menyewa dulu sebuah banglo kosong di Petaling Jaya untuk menempatkan mereka. Percaya atau tidak, itu pun setelah habis kudrat dia mencuba kerana tiada satu pun orang kita yang nak sewakan rumah mereka kepada para pesakit ini. Semuanya kerana stigma. Nasib baiklah ada seorang lelaki Cina yang sudi menyewakan rumah berkenaan.

Then ini paling thrill – nak pujuk anak-anak Melayu kita keluar dari gereja itu. Bukan mudah ye. Ramai yang dah kecil hati dan tak mahu keluar dari shelter home itu. Ada yang kata, biarlah kami mati di gereja ini saja! Di sinilah hebatnya Ustaz Abdullah. Perlahan-lahan beliau pujuk anak-anak Melayu kita. So kami pun dengan menggunakan beberapa buah kenderaan, datang ke situ dan mengambil anak-anak Melayu kita ini PINDAH ke tempat baru kendalian sepenuhnya orang-orang Islam kita.

Kenapa Mubaligh Kristian yang Menguruskan Orang Melayu di Shelter Home?

Namun jauh di sudut hati, kami tetap berterima kasih pada tuan paderi kerana menjaga anak-anak Melayu kita ini. Sama ada dia ikhlas untuk membantu atau ada ‘agenda’ lain bukanlah kita yang nak menentukan. Hanya Allah saja yang tahu. Yang penting, sebagai orang Islam, Ustaz Abdullah dan kami semua dah laksanakan tanggung jawab kami semampunya….begitu juga tuan paderi itu, sebagai seorang manusia, at least dia juga telah menjalankan tanggungjawabnya….nanti kita sambung lagi.

Alhamdulillah, berkat kerja keras Ustaz Muhammad dan rakan-rakannya, sebuah rumah perlindungan yang diberi nama Darul Ukhuwah telah didirikan di Puchong dan kami berjaya memujuk hampir kesemua pesakit Melayu di gereja itu untuk berpindah ke sana. Sementara Darul Ukhuwah siap sepenuhnya seperti mana yang ada sekarang, para pesakit ini telah kami pindahkan ke sebuah banglo lama di belakang Hospital Assunta, Petaling Jaya.

Kita mungkin memandang jelik dan jijik pada golongan ini. Tetapi sedarkah kita, di saat kita membiarkan mereka merempat menanti ajal – ada pihak ‘lain’ yang sudi menghulurkan tangan. Mahu salahkan siapa? Tepuk dada tanya selera. – Syahril A. Kadir

Kenapa Mubaligh Kristian yang Menguruskan Orang Melayu di Shelter Home?

Kenapa Mubaligh Kristian yang Menguruskan Orang Melayu di Shelter Home?

(Update: Kehebatan Ustaz Memujuk Anak Melayu Keluar Dari Gereja)

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.