PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kerajaan Selangor akan menaikkan elaun guru Kelas Agama dan Fardu Ain (Kafa) sebanyak RM 200 iaitu daripada RM 1,300 kepada RM 1,500 dengan implikasi kewangan sejumlah RM 18.71 juta menerusi belanjawan 2016 Selangor yang diumumkan hari ini.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, kenaikan elaun itu melibatkan seramai 6, 900 guru Kafa di seluruh negeri ini.

Menurutnya, kenaikan itu juga melibatkan 150 guru di Kafa Integrasi yang dinaikkan elaun daripada RM800 kepada RM1,500 melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM1.41 juta.

Sementara itu, beliau berkata, kerajaan negeri turut akan menaikkan elaun Ketua Guru daripada RM100 kepada RM150.

Elaun guru Kafa di Selangor dinaikkan ke RM 1,500

“Elaun Penolong Kanan Akademik dan Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PKHEM) dinaikkan sebanyak RM80.

“Kedua-dua kenaikan ini melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM 819,579.60,” katanya.

Dalam pada itu, Mohamed Azmin yang juga Adun Bukit Antarabangsa berkata, kerajaan negeri turut menghargai penjawat awam dengan pemberian bonus satu bulan setengah gaji.

“Bagi pemberian bonus sebulan gaji sudah dibuat pada Mei lalu. Pembayaran bonus selebihnya akan dibuat pada 17 Disember depan untuk persediaan persekolahan anak-anak,” katanya.

Katanya, pembayaran bonus ini memberi implikasi kewangan berjumlah RM 44.1 juta.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.