PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kerajaan Selangor komited meneruskan komitmen untuk meneruskan program air percuma pada tahun 2016 dengan belanja RM1.06 bilion.

Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali menasihatkan rakyat Selangor membudayakan amalan konservasi air dalam kehidupan seharian.

Katanya, statistik mendapati kadar penggunaan domestik adalah sebanyak 236 liter per orang sehari memetik Sinar Harian.

Air percuma untuk rakyat Selangor diteruskan

Menurutnya, kadar penggunaan itu adalah sangat tinggi berbanding kadar penggunaan di Singapura hanya sebanyak 170 liter per orang sehari.

Dalam perkembangan sama, Adun Bukit Antarabangsa itu turut mengumumkan berita baik bahawa tiada lagi catuan bekalan air akan berlaku di Selangor.

“Setelah  berjaya merungkai kemelut panjang penswastaan industri perkhidmatan air, kini rakyat Selangor berjaya memiliki semula industri ini. Kejayaan ini membolehkan industri perkhidmatan air disusun semula ke arah perkhidmatan yang holistik berteraskan ketelusan, kebertanggungjawaban, efisyen dan kos efektif.

“Mulai 15 Oktober, Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd dengan rasminya mengambil alih pengurusan operasi Syabas dan Puncak Niaga Sdn Bhd. Dengan kejayaan ini, InsyaALLAH, tidak akan berlaku lagi catuan bekalan air di Selangor,” katanya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.