PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Dalam kejadian kira-kira 7 malam, kerani Sekolah Agama Sungai Raya di Bukit Pasir, dekat sini, Nurul Shahira Mohamed Yatim, 29, dipercayai dirogol sebelum dibunuh di rumahnya di Sungai Terap memetik Harian Metro.

Perompak rogol, rompak dan bunuh kerani
Cahaya mata lelakinya baru berusia 11 bulan dan pastinya kini belum mengerti ibunya sudah tiada, dibunuh manusia bertopengkan syaitan, semalam.

Mayatnya ditemui polis terbaring dalam keadaan separuh bogel di depan pintu bilik selepas polis membuat pemeriksaan sejurus aduan jiran mangsa yang mengesyaki sesuatu apabila mangsa tidak keluar rumah, kira-kira 7 malam.

Polis yang tiba di lokasi kejadian mendapati enjin kereta dipercayai milik mangsa tidak dimatikan, manakala pintu kereta bahagian pemandu terbuka.

Mangsa dipercayai dijerut sehingga mati dan dipercayai turut dirogol dan barangan berharga milik mangsa termasuk dokumen pengenalan diri serta telefon bimbit didapati hilang.

Bagaimanapun, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Senior Asisten Komisioner Kamarul Zaman Mamat yang mengesahkan kejadian itu berkata, mangsa belum disahkan dirogol.

Kerani dirogol, dirompak dan dibunuh

Kerani dirogol, dirompak dan dibunuh

Kerani dirogol, dirompak dan dibunuh

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.