PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Datuk Seri Najib Tun Razak meminta semua pihak bertenang susulan kejadian tanah runtuh di KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, berhampiran Lentang-Bukit Tinggi, pada pukul 7.18 malam Rabu.

Perdana Menteri meminta semua pengguna lebuh raya berhampiran kawasan kejadian agar mematuhi arahan pihak berkuasa untuk menyuraikan kesesakan trafik akibat kejadian tersebut memetik Bernama.

Najib minta semua bertenang isu tanah runtuh

“Saya harap pengguna lain berhampiran kawasan tanah runtuh juga selamat. Bertenang sementara pihak berkuasa bantu suraikan trafik. Patuhi arahan mereka,” katanya melalui akaun Twitternya.

Sebahagian laluan di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak ditutup kepada pengguna ekoran kejadian itu.

Sehingga ini, tiada mangsa dilaporkan terperangkap dalam kejadian itu.

Ketua Polis Daerah Bentong Supt Mohamad Mansor Mohd Nor mengesahkan tiada kenderaan tertimbus dalam insiden itu.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.