PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Didatangkan dalam warna biru, merah dan hijau dilapisi daging tebal dengan tiga sos pilihan menjadikan ‘burger pelangi’ yang diusahakan seorang pemuda mendapat tempat dalam kalangan peminat makanan segera itu.

Fitri Asman, 36, yang memperkenalkan burger berwarna-warni sejak setahun lalu berkata, idea menghasilkan burger berwarna-warni tercetus apabila melihat kebanyakan kek yang dihias dengan pelbagai warna sebagai tarikan memetik Harian Metro.

Burger pelangi semakin digemari
ANTARA burger warna-warni yang diusahakan Fitri.

“Saya terfikir asyik kek saja yang mempunyai warna menarik, jadi saya cuba untuk menghasilkan burger berwarna-warni, tambahan pula ketika ini hanya terdapat roti burger berwarna hitam, jadi saya berpendapat apa salahnya pelbagaikan warna.

“Saya kemudian berbincang dengan pekerja dan pembekal roti burger sama ada boleh menghasilkan roti burger berwarna-warni ataupun tidak selepas dimaklumkan boleh dibuat dengan hanya menambah pewarna pada doh roti dan alhamdulillah burger ini dapat dihasilkan,” katanya.

Fitri berkata, pada peringkat permulaan kebanyakan pelanggan tidak berani mencuba burger berkenaan kerana beranggapan ia kelihatan pelik sebab rotinya berwarna.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.