PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

PERUNDING kesihatan, pemakanan dan kecerdasan, Kevin Zahri mengakui bersyukur dan tidak malu walaupun hanya berjaya khatam al-Quran buat pertama kali pada usia 37 tahun.

Menurut Kevin di laman Facebook miliknya, semangat untuk mengkhatam al-Quran kembali sejak mendirikan rumah tangga pada tahun 2010 dan dikurniakan cahaya mata.

“Alhamdulilah setelah 4 tahun, semalam (18 November) saya berjaya untuk khatam al-Quran buat kali pertama (pada usia 37 tahun) memetik Sinar Harian.

Luahan Kevin Zahri khatam al-Quran pada usia 37 tahun
Kevin Zahri tak malu khatam al-Quran pada usia 37 tahun

“Adakah saya berasa malu? Tidak. Bangga? tak juga, Tetapi saya rasa bersyukur,” tulisnya dilaman Facebook miliknya.

Kata Kevin, proses khatam al-Quran sering terhenti separuh jalan ekoran faktor persekitaran.

“Saya dibesarkan di Jerman di mana memang kurang pendekatan kepada soal belajar baca al-Quran.

“Pada usia 13 (tahun 1991) kami sekeluarga pindah ke Malaysia dan barulah mula belajar Bahasa Malaysia dan bermula dengan muqaddam tapi dengan pindahan ke pelbagai sekolah menengah berasrama (di KL, Perak dan Kelantan), usaha untuk khatam sering terhenti sekerat jalan (bukan tiada usaha),” ulasnya.

Menurutnya lagi, selepas menamatkan persekolah peringkat SPM, dia melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat dan menyebabkan usaha dan fokus untuk mengkhatam al-Quran terhenti.

Kevin Zahri memulakan pengajian semula bersama Ustazah Shiela Ezan pada tahun 2011 dengan membaca muqaddam sebelum al-Quran.

“Saya berasa gembira kerana azamnya itu berjaya direalisasikan pada tahun ini,’ ujarnya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.