PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Pelakon, Emma Maembong enggan mengulas lanjut berhubung kontroversi beliau membeli alat ujian kehamilan di sebuah farmasi bagi mengelakkan salah faham itu daripada terus berlanjutan.

Emma atau nama sebenarnya, Fatimah Rohani Ismail, 23, menjelaskan beliau berkongsi perkhabaran gembira kakaknya, Yaya yang kini hamil lima bulan.

Beliau tidak menyangka perkara ini dimanipulasi oleh sesetengah pihak sehingga timbul kontroversi beliau mengandung memetik Berita Harian.

Emma Maembong dedah cerita sebenar isu beli alat ujian kehamilan
Emma Maembong kesal isu alat ujian kehamilan diperbesar

“Saya tidak faham bagaimana isu ini boleh menjadi hangat secara tiba-tiba kerana ia berlaku lima bulan lalu. Tujuan saya bercerita adalah untuk berkongsi khabar gembira Yaya sudah hamil. Tidak sangka nama saya pula terpalit dengan kontroversi ini.

“Saya memilih untuk tidak bercerita lebih lanjut supaya perkara ini tidak lagi dipanjangkan dan bagi mengelakkan salah faham. Tidak sangka perkara kecil boleh dimanipulasi oleh sesetengah pihak sehingga timbul cerita saya mengandung pula.

“Perkongsian itu adalah atas dasar perbualan antara saya dan teman media, tidak sangka timbul pula cerita mengenai situasi saya ketika membeli alat menguji kehamilan itu,” kata Emma kepada BH Online.

Namun, beliau meluahkan rasa gembira kerana Yaya kini sedang hamil lima bulan anak sulung hasil perkongsian hidup bersama Wan Raja.

Terdahulu Yaya atau nama sebenarnya Rabbiati Adawiyyah, 39, dan Wan Raja atau nama sebenarnya Saiful Redzuan Abu Bakar, 38, selamat bernikah di Masjid Al-Redhuan Hulu Klang dekat sini pada 12 Disember 2014 dengan sekali lafaz.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.