PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

SEORANG lelaki yang tidak mampu mengawal emosi telah dirakam bertindak kasar mencekak baju pemandu van sekolah anaknya.

Video insiden terbabit tersebar di media sosial namun tidak dapat dipastikan tarikh serta lokasi tepat kejadian.

Kisah Sebenar video lelaki cekak pemandu van sekolah

Kejadian dikatakan berpunca apabila pemandu van sekolah terbabit yang diupah untuk menghantar anak lelaki itu ke sekolah, tidak membunyikan hon ketika berhenti di hadapan rumahnya dan terus berlalu memetik Mynewshub.

Lebih memarakkan api kemarahan lelaki itu, apabila pemandu van berkenaan merakam gambar aksinya yang sedang marah.

Meskipun pemandu van berkenaan memberitahunya bahawa dia sedang berpuasa, lelaki terbabit yang masih tidak berpuas hati mahu menyerang dengan membuka pintu sebelum dihalang seorang wanita yang dipercayai isterinya.

Lelaki itu turut memberikan amaran kepada pemandu van berkenaan jika dia melakukan perkara sama selepas ini.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.