PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Lewat malam semalam berita pemergian Yus Jambu atau lebih dikenali sebagai Pak Yus mula tersebar di laman sosial. Bagaikan tidak percaya namun itulah hakikatnya, allahyarham telah pun meninggal dunia dipercayai kerana sesak nafas.

Pastinya Pak Yus akan sentiasa diingati dan dirindui keletahnya yang tidak jemu menghiburkan orang ramai. Berikut beberapa momen dan lawak dari beliau yang sehingga hari ini masih segar di ingatan.

Menerusi Oh Bulan, kami senaraikan 8 kisah hidup Pak Yus Jambu yang tidak diketahui ramai.

Kisah Sayu Hidup Yus Jambu yang Anda Tidak Tahu

Sinaran Pasport Kegemilangan

Kisah Sedih Hidup Pak Yus yang Ramai Tidak Tahu

Sekitar tahun 2001 Yus Jambu pernah mencuba nasib dalam pertandingan Sinaran Pasport Kegemilangan yang sebelum ini pernah melahirkan pelawak-pelawak terkenal seperti Senario dan ramai lagi.

Malangnya dia tidak berjaya dalam pertandingan tersebut.

Juara Raja Lawak 1 Kalahkan Zizan & Johan

Kisah Sedih Hidup Pak Yus yang Ramai Tidak Tahu

Tidak berputus asa, Pak Yus sekali lagi mencuba nasib dalam pertandingan Raja Lawak Astro yang buat pertama kalinya diadakan.

Bersaing dengan Johan dan Zizan, Pak Yus ternyata punyai bakat tersendiri dan berjaya mengalahkan mereka.

Hidup sebatang kara

Kisah Sedih Hidup Pak Yus yang Ramai Tidak Tahu

Semasa final Raja Lawak musim pertama ni, nama Pak Yus diumumkan sebagai juara. Terkejut malah dia menangis teresak-esak tak sangka menang.

Iyalah, sebelum peserta final buat persembahan kan ada video clip krew Raja Lawak ke rumah peserta. Bila tunjuk video ke rumah Pak Yus, tercengang kejap. Pak Yus rupanya sebatang kara dan hidup agak daif sebenarnya.
Jual kereta menang Raja Lawak demi…

Kisah Sedih Hidup Pak Yus yang Ramai Tidak Tahu

Punchline & lawak bersahaja

Kisah Sedih Hidup Pak Yus yang Ramai Tidak Tahu

Pak Yus memang berbakat, malah lawaknya cukup bersahaja namun diingati. Gandingan Pak Yus dan Tauke dalam Maharaja Lawak memang betul-betul menjadi.

Malangnya selama beberapa musim, mereka tidak berjaya bergelar juara.

Sangat disenangi rakan artis

Kisah Sedih Hidup Pak Yus yang Ramai Tidak Tahu

Personaliti Pak Yus yang tidak sombong & cukup merendah diri disenangi ramai terutamanya dalam kalangan rakan artis.

Malah dia juga mesra dengan peminat dan sering kali dilihat berbalas komen di laman Instagram.

Suka kucing

Kisah Sedih Hidup Pak Yus yang Ramai Tidak Tahu

Kalau tengok di Instagram miliknya, Pak Yus memang selalu memuat naik gambar bersama kucing yang dipelihara. Memang arwah suka sangat dengan kucing.

Pak Yus dalam kenangan

Kisah Sedih Hidup Pak Yus yang Ramai Tidak Tahu

Din Beramboi, Harun Salim Bachik dan sekarang giliran Pak Yus pula meninggalkan ita. Mari lah sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah buat allahyarham.

Moga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.


Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.