PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

“Saya terpaksa gantikan susu dengan teh kerana tidak mempunyai wang,” itu rintihan seorang ibu Fadlisa Fadzil, 33, menceritakan keperitan hidupnya yang terpaksa membesarkan lima anak selepas ditinggalkan suami sejak tiga bulan lalu.

Wanita itu yang tidak bekerja kini menumpang rumah ibunya, Fatimah Said, 68, di Kampung Perlis, dekat sini memetik Harian Metro.

Kisah Sayu ibu terpaksa ganti air susu anaknya dengan air teh
Air teh ganti susu

Dia kini terpaksa ‘bergelut’ untuk membeli susu bayinya, Arif Aiman Mohd Rizal yang baru berusia dua bulan berikutan tidak mempunyai punca pendapatan.

Selain anak bongsu masih menyusu, tiga lagi anaknya masih kecil iaitu Aidi Putra, 2, Farisha Atilea, 4, Faris Danial, 8, manakala sulung, Mohd Firdaus, 16.

Menurut Fadlisa, dia terpaksa bergantung kepada ibunya untuk membeli barang keperluan tetapi ibunya turut mengalami masalah sama kerana tidak mempunyai sumber kewangan.

“Pernah anak minta 20 sen untuk ke kedai tetapi saya hanya mendiamkan diri,” katanya selepas menerima sumbangan dari Ahli Majlis Badan Ekonomi Melayu (GABEM) Pulau Pinang Datuk Zainul Abidin Hashim dan ahli Pakatan Setia 1Malaysia, Shaharudin Saad, semalam.

Sesiapa yang ingin menghulurkan sumbangan boleh memasukkan wang ke akaun Maybank Fadlisa iaitu 157091274550.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.