PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Nasihat Ketua Angkatan Muda Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad kepada Khairy Jamaluddin Abu Bakar: “Baik jadi bintang televisyen sahaja.”

Ini adalaha kerana, menurut beliau, ketua Pemuda UMNO itu dan juga pemimpin-pemimpin Pemuda UMNO yang lain gagal menunjukkan peningkatan moral antara diri mereka memetik Astro Awani.

Nik Nazmi kata Khairy Jamaluddin patut jadi bintang TV saja

“Mereka (Pemuda UMNO) berkali-kali buktikan yang mereka tidak mampu menunjukkan peningkatan moral yang ada dalam kepimpinan mereka.

“Lihat sahaja ketua mereka (Khairy) yang kononnya bersikap sederhana dan liberal. Namun dia tetap setia bersama UMNO dan presidennya (Datuk Seri Najib Razak) yang banyak skandal dan kontroversi,” kata Nik Nazmi.

Beliau berkata, Khairy Jamaluddin juga gagal menangani isu-isu perkauman yang dilihat saban hari semakin serius.

Jelasnya lagi, Khairy akan terus gagal bersama UMNO memandangkan UMNO tidak mahu berubah.

“Pokoknya, dia akan terus gagal kerana UMNO tidak mahu berubah. Jadi saya nasihatkan kepada Khairy, baik jadi bintang televisyen sahaja. Mungkin Khairy ada masa hadapan yang lebih cerah dalam kerjaya itu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapan penggulungannya di Kongres Nasional Tahunan PKR ke-11 di Ideal Convention Centre Shah Alam, Selangor, hari ini.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.