PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Pihak Kementerian Kesihatan malaysia dilaporkan akan melancarkan satu operasi merampas perisa vape yang mengandungi nikotin dalam pasaran.

Perkara ini disamapaikan oleh Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam di mana beliau mengeaskan tindakan itu dibuat di bawah Akta Racun 1952 dan Akta Makanan 1983.

KKM Akan Rampas Liquid Vape Mengandungi Nikotin Tanpa Lesen Bawah Akta Racun

“Penjualan perisa yang mengandungi nikotin tanpa lesen adalah salah di sisi undang-undang.

“Kita akan bertindak tegas. Rakyat Malaysia sepatutnya menghirup udara segar bukan vape,” katanya pada sidang media yang dipetik dari Harian Metro.

Pihak kerajaan sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan bawa vape atau rokok elektronik ini tidak akan diharamkana dan Persatuan E-Vaporizers dan Tembakau Alternatif Malaysia (Mevta) telah mencadangkan supaya perisa vape dikenakan cukai untuk membantu pendapatan negara.

Kementerian Kesihatan pula melancarkan kempen kesedaran berkaitan keburukan vape di seluruh negara.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.