PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kementerian Kesihatan memberi amaran amalan menghisap rokok elektronik atau vape yang mengandungi nikotin berlebihan boleh mengakibatkan kematian serta-merta terhadap individu terbabit.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata ini berikutan kajian saintifik terbaru Pusat Racun Negara di Universiti Sains Malaysia (USM) mendapati setiap botol cecair isian semula vape biasanya mengandungi 25 mililiter (ml) dan setiap liter mempunyai empat miligram (mg) nikotin memetik Mstar.

Nikotin Vape Berlebihan Boleh Menyebabkan Mati Mengejut - KKM

“Kami bimbang dengan penggunaan cecair dan kimia yang tinggi iaitu setiap botol cecair isian semula vape mengandungi tidak kurang daripada 100mg nikotin.

Kajian saintifik menunjukkan dengan hanya 40mg nikotin yang terkandung dalam 10ml cecair bahan kimia vape boleh membunuh dengan serta-merta seorang manusia dewasa,” katanya kepada pemberita selepas Op Kepialu di sini, Khamis.

Mengulas lanjut, katanya amalan menghisap vape juga boleh mendedahkan kepada ketagihan dan penyakit berbahaya seperti kanser paru-paru selain kesan sampingan pengguna nikotin.

Di bawah Akta Racun, nikotin diletakkan sebagai racun kategori C yang hanya boleh dijual atau dibekalkan sebagai ubat atau bahan dalam ubat oleh pengamal perubatan berdaftar.

Dr Noor Hisham berkata pihaknya tidak teragak-agak untuk menggunakan Akta Racun 1952 bagi mengawal penjualan nikotin termasuk dalam vape selepas kajian mengenainya siap.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya sedang meningkatkan usaha memberi kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya pengguna vape dalam tempoh jangka panjang kerana difahamkan lebih sejuta rakyat menghisap vape termasuk wanita dan pelajar sekolah.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.