PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam hari ini berkata, satu jawatankuasa khas mengenai vape ditubuhkan bagi menjawab segala isu mengenai mekanisme kawalan dan penguatkuasaan penggunaannya di negara ini.

Jawatankuasa itu katanya dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noorhisham Abdullah memetik Sinar Harian.

Jawatankuasa khas vape bakal ditubuh KKM

“Turut serta dalam jawatankuasa itu ialah Timbalan Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Lokman Hakim Sulaiman; Pengarah Bahagian Kawalan Penyakit, Dr Chong Chee Keong bersama beberapa pakar daripada bidang respiratori.

“Saya tidak akan menjawab lagi persoalan mengenai isu vape kerana kita telah tubuhkan satu jawatankuasa khas untuk membincangkan mengenai hal ini

“Penubuhan jawatankuasa ini bagi mengelak sebarang percanggahan pendapat dalam kalangan kementerian selain membolehkan usaha kawalan vape dilakukan secara menyeluruh,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Gotong Royong Mega di Kampung Sungai Kayu Ara, di sini, hari ini.

Semalam, timbalannya, Datuk Seri Dr Hilmi Yahaya dipetik sebagai berkata, lebih banyak masa perlu diberi kepada penjual rokok elektronik (e-rokok) untuk menjadikan perniagaan mereka sebagai perniagaan sah.

Mengulas tindakan tegas yang diambil kementerian itu terhadap aktiviti berkaitan vape di seluruh negara baru-baru ini, beliau berkata ia agak drastik.

“Ya, kami mendapat banyak maklum balas tentang tindakan kami itu, tapi secara peribadi, saya berpendapat, kami perlu kaji kembali tindakan kami itu dan mencari cara sewajarnya untuk menangani perkara ini kerana kini, industri vape melibatkan banyak orang,” katanya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.