PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Jika ditanya kepada peminat Ayda Jebat, pastinya mereka mahu idola mereka itu yang dijodohkan bersama Zul Ariffin, namun realitinya Zul kini sedang menjalin hubungan bersama Zahirah MacWilson – walaupun ayah Zahirah sendiri ragu-ragu niat Zul itu.

Menurut Ayda Jebat yang pernah menjadi fenomena bersama Zul Ariffin melalui lakonan bersama dalam drama Rindu Awak 200% terdahulu, dia tidak mempunyai masalah jika Zul dan Zahirah menjalin hubungan dan menyifatkan ia adalah hak peribadi pelakon lelaki tersebut.

Ayda Jebat Komen Isu Zul Ariffin Bercinta Dengan Zahirah Macwilson

“Saya tidak mahu mengulas lanjut tentang hal itu kerana ia tiada kena-mengena dengan diri saya. Saya dan Zul hanya mesra di set penggambaran. Malah di luar set ketika sedang melepak, kami bergurau kasar dengan membahasakan diri masing-masing sebagai ‘aku dan kau’”

“Dengan siapa Zul mahu menjalin hubungan, itu adalah hak peribadi dia. Saya bukan siapa-siapa untuk menghalang dia. Ingin ditegaskan, saya dan dia hanya rakan sekerja. Tidak lebih daripada itu,” jelasnya kepada Kosmo! Online.

Selain itu, Ayda Jebat mendoakan agar Zul dan juga pasangannya baik-baik belaka dan tidak mahu campur tangan di dalam urusan perhubungan mereka berdua. Tapi, kami tahu, peminat masih inginkan mereka bersama bukan?

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.