PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Kes tuduhan liwat juara AF2015 Sufi Rashid terhadap bekas bapa tirinya Arif Dollah telah digugurkan apabila pihak polis Singapura mendapati tiada bukti kukuh yang diberikan.

Sufi Tidak Akan Minta Maaf Pada Arif Dollah

Susulan kes tersebut, Arif Dollah menegaskan beliau akan saman malu terhadap Sufi kerana telah memfitnah beliau atas gangguan seksual. Namun, dalam satu sidang media yang diadakan pada bulan lepas, Arif memberitahu beliau mungkin akan berlembut hati sekiranya Sufi tampil memohon maaf kepadanya.

Walaubagaimanapun, Sufi tidak akan meminta maaf kepada Arif dan akn menyerahkan segala siasatan ataupun perkara mengenai kes berkenaan kepada pihak polis memetik Beautifulnara.

Kontroversi Cabul: Sufi AF2015 Tidak Akan Minta Maaf Pada Arif Dollah

Pada saya, saya tak terganggu sangat dengan  apa yang terjadi sebab mendengar nasihat daripada pihak polis dan pengurusan saya yang meminta saya untuk tidak memberikan sebarang komen ataupun kenyataan yang menentang pihak Arif Dollah.

Saya biarkan pihak polis melakukan siasatan. Jika mereka beri saya green light untuk bersuara ataupun meluahkan pendapat, saya mungkin akan lakukan hal tersebut. Namun, saya tidak akan meminta maaf kepadanya.

Kami harap kes ini dapat diselesaikan secara baik, kalau kedua-dua pihak bertegas dan mahu menegakkan pendirian masing-masing mungkin ia akan menjadi sukar. Apa-apa pun kami tidak boleh komen lebih dan kita lihat sahaja perkembangan kes Sufi AF2015 dan Arif Dollah.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.