PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Satu kejadian tanah runtuh telah berlaku di Kilometer 52.5 Jalan Lentang – Bukit Tinggi sekitar jam 7.04 malam tadi.

Ketua Polis Daerah, Suprintendan Mohamad Mansor Mohd Nor barkata, kesemua laluan terhalang selain trafik sesak dan terhenti di kedua-dua arah.

Pengguna dinasihatkan untuk menggunakan laluan alternatif Kuantan keluar ke persimpangan Bentong manakala dari Kuala Lumpur keluar ke persimpangan Genting Sempah.

Mohamad Mansor berkata, pengendali lebuh raya, Anih Berhad telah menghantar jentolak untuk membersihkan lokasi kejadian memetik Sinar Harian.

Tanah runtuh halang laluan di Kilometer 52.5 Lebuhraya Karak
Gambar kejadian tanah runtuh yang menjadi viral di laman sosial.

“Kedua-dua arah jalan ditutup kepada semua kenderaan.

“Kejadian berkenaan dilaporkan tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa dan harta benda,” katanya.

Selain itu pihak Bomba dan Penyelamat Bentong juga memaklumkan turut berlaku satu lagi kejadian tanah runtuh di jalan lama Bentong – Kuala Lumpur.

Sementara itu, Twitter Lembaga Lebuh Raya Malaysia melaporkan pengguna dari Kuala Lumpur juga boleh membuat u-turn di KM29.3 manakala dari Kuantan keluar ke Karak dan melalui jalan Bahau.

“Makluman info dari IPD Bentong laluan FR68 tidak boleh dilalui, pengguna dinasihati untuk tangguhkan perjalanan anda,” katanya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.