PLEASE ENABLE YOUR JAVASCRIPT TO VIEW THIS PAGE!
[ How? ]

Laluan di Kilometer 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak sudah dibuka sepenuhnya kepada semua kenderaan kira-kira jam 12.30 tengah hari, hari ini.

Laluan itu dibuka selepas ia disahkan selamatdan mendapat kebenaran daripada pihak polis.

Akhirnya laluan km 52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dibuka sepenuhnya
LALUAN kedua dua arah Kuala Lumpur-Karak dibuka semula kepada semua kenderaan selepas kejadian banjir lumpur di Kilometer 52.4 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak.

Tinjauan Harian Metro mendapati, trafik bergerak lancar di sepanjang lokasi kejadian banjir lumpur pada Rabu lalu itu.

Bagaimanapun, kerja pembersihan di tepi jalan masih dilakukan oleh pengendali lebuh raya berkenaan, ANIH Berhad.

Pemantauan juga dilakukan oleh pihak berkenaan dengan anggota polis ditempatkan di lokasi kejadian bagi menjamin keselamaan pengguna lebuh raya.

Catat Ulasan

Dikuasakan oleh Blogger.